some life@

CHAPTER 1

Petang yang begitu tenang bagi Zack. Kenangan masa lalu telah banyak mengajarnya erti kehidupan.

Kadang kala hati tidak memahami dengan apa yang telah terjadi. Mungkin tersembunyi suatu hikmah yang sgt besar ertinya.

“Zack, ko wat apa tu?? Jom kita pergi makan. Dah lewat ni” kedengaran suara si Salman memanggil Zack yang sedang mengelamun.

”baik lah..jom. nanti apa pula kata warden kita nanti” Zack tersenyum membalas panggilan sahabat rapat nya itu Salman.

Mereka bergegas ke dewan makan. Kelihatan para pelajar sedang berbaris untuk mengambil makanan. Mereka berdua tersenyum melihat gelagat pelajar-pelajar tersebut. Namun sedang memerhati gelagat para pelajar tersebut, mata Zack mencari-cari kelibat pelajar perempuan yang telah menambat hatinya. Puas mencari namun tidak ketemu.

“Man, ko perasan tak mana si Khairul duduk ek??aku tak perasan pun dia hari ni.” Tiba-tiba Zack bersuara. “Khairul mana nie???bukan kt depan ko tu ke??” Salman menjawab.

“ala man, bukan khairul tu lah. Khairul yang aku suka tu lah, hehehehe’’

“owh dia ke??entah lah,,ak pun tak Nampak, kenapa?? Ko jangan Zack,,wat apa lah ada perasaan kat dia, dah jadi hak orang tu. Lagi pun kita tak layak lagi untuk semua ni.” Salman telah memulakan ceramah dia sambil tersenyum.

“ala man, bukan aku nak bercinta pun, ak nak kenal je dia. Lagi pun, menambah kawan apa salah nya?? Kan?? Hehehe” Zack tersenyum..

“yelah-yelah, kalau dengan ko,semuanya nak ko je yang betul. Dah jom kita berbaris. Nanti lambat pula kita makan nanti, ko juga yang merungut” Salman mengajak Zack segera ke kaunter dan berbaris. Dalam masa yang sama Zack tetap mencari-cari lagi kelibat Khairul. Di dalam hatinya berdoa agar Khairul dapat dilihatnya pada petang ini.

“eh Zack,sudah-sudah lah tu. Ko nie pun, kalau nak mencari pun bagi lah selesai ambil makanan ni dulu. Pergi cepat, aku tak mahu tunggu lama-lama.” Salman tiba-tiba bersuara dan ini telah mengejutkan Zack. Zack tersenyum

“Dan satu lagi, cari guna mata, ko ni harap je bermata empat. Tu bukan khairul dekat tiang tu.” Sambung Salman lagi. Zack tersenyum dan terus mengambil makanan. Bagi dia pelajar itu sungguh menarik perhatiannya. Sejak pertama menjejak kaki di sekolah tersebut, Zack telah memerhatikan pelajar tersebut. Dari semenjak itu setiap perihal tentang pelajar itu ditanya dan semakin hari dia semakin mengenali pelajar tersebut. Namun Zack tidak pernah bersua muka dengan pelajar tersebut.

“eh Zack, cepatlah. Ko ni pun. Masa-masa cam ni pun nak mengelamun ke? Aduh parah sahabata aku ni. Tuhan ko buka kan lah hati sahabat ku ini” tiba-tiba Salman memanggil. Zack tersenyum dan segera keluar dari kaunter tersebut. Terdapat beberapa pelajar tingkatan satu mengucapkan salam pada mereka. Zack bersyukur kerana telah melangkah ke dalam sekolah tersebut. Sekolah yang banyak menerapkan nilai-nilai budi pekerti di kalangan pelajarnya. Di sekolah ini juga lah Zack telah dapat mengubah dirinya yang serba kekurangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Namun tahun depan adalah tahun terakhir dia di sini. Sesuatu yang sangat cepat berlalu adalah masa. Kini baru dia sedar yang di telah banyak membazir waktu ketika sebelum memasuki sekolah tersebut.

“man hari ni Azan pukul berapa man? Aku dah tak sabar-sabar ni nak berbuka nie? Hehehe” Zack berseloroh sambil melabuhkan punggung di tempat yang dikehendakinya.

“hari ni Azan lambat lah Zack, mungkin 15 minit lagi kot. Ala ko ni pun, sabar lah, tak kemananya puasa tu kalau ko asyik fikir nak makan je. Lagi pun puasa yang kita lakukan hari ni sebagai latihan untuk kita menempuh bulan Ramadhan tidak lama lagi.’’ Salman membalas panjang.

“yelah man. Ko ustaz aku pelajarnya. Aku sentiasa terima nasihat ustaz aku Hehehe” Zack tergelak.

“bagus, oklah Zack, aku nak mengaji jap ni. T dah azan bagi tahu aku?

“ok man, bereh je.” Zack membalas pendek.

Zack terpandang akan Khairul. Begitu mempersonakan padanya apabila terlihat Khairul berbaju labuh berwarna maroon. Pandangan Zack kali ini telah disedari oleh pelajar tersebut. Zack segera mengalihkan pandangan ke luar kawasan dewan makan. Perasaan yang teramat malu telah menyelaputi mukanya dan kalau mahu, dia hendak segera keluar dari situ.

Namun jauh di dalam hatinya wujud satu perasaan gembira yang tidak terkata. Itu lah perasaan, dating tanpa di pinta dan perasaan juga telah memandu manusia ke pelbagai arah. Arah-arah tersebut telah membuatkan manusia belajar bahawa setiap keputusan itu ada yang benar dan ada yang salah. Zack teringat akan keluarganya di rumah. Pelbagai persoalan dan rintihan di hatinya. Bergenang air matanya apabila memikirkan apa yang terjadi pada keluarganya. Hati nya semakin jauh mengenangkan peristiwa ketika cuti tempoh hari.

“Abg, saya nak abg ceraikan saya. Saya rasa tak berguna lagi berada di rumah ini.” Tiba-tiba Zack terjaga dan mendengar perkataan itu keluar dari mulut ibunya. Zack mendiam kan diri di dalam biliknya. Tidak berani untuk keluar dari biliknya itu.

“Awak ni kenapa?? Dah tak de otak ke?? Awak ingat senang-senang saya nak lepaskan awk??” PANG!!!! Kedengaran seperti satu tamparan yang kuat telah dilepaskan oleh ayahnya. Zack hanya berdiam diri dan menangis sendirian. Tiba-tiba kedengaran ayahnya mengamuk dan telah mengarahkan semua adik-adiknya dan tidak terkecuali Zack keluar dari bilik. Reaksi ayahnya sungguh berang. Malam itu adalah malam paling teruk ibu bapanya bergaduh. Zack hanya mampu terdiam dan menangis apabila melihat semua itu berlaku.

“eh Zack, ko mengelamun apa lagi tue??ko nie pun, eh ko menangis ek??kenapa nie?? Ada masalah bagi tahu lah kawan?? Kita sama-sama membesar kat kampong pastu masuk sekolah yg sama, takkan ko nak berahsia plak” Salman tiba-tiba bersuara. Mungkin sudah habis dari mengaji tadi.

“tak de ape lah man. Aku ok je. Aku tiba-tiba terpikir kat orang yang tak dapat makan kt Negara lain. Tu yang sedih tu.’’ Zack segera menyapu air mata nya untuk menyembunyikan perasaan sedihnya itu. “lagi pun mata aku masuk habuk lah man.” Zack menyambung lagi.

“hurm kalau macam tu takpa lah Zack, ikut ko lah. Aku tak leh nak paksa ko ceritakan hal sebenar.” Salman membalas sambil menepuk-nepuk bahu Zack. “dah lah Zack, cepat, aku nak baca doa ni, azan dah masuk dah”

Mereka bersedia untuk berbuka puasa dan pada ketika itu betapa bersykur nya mereka lahir di bumi Malaysia. Walaupun susah macam mana sekalipun di tempat lain terdapat juga insan yang kelaparan dan kesusahan. Ini lah akibat dari peperangan dan kegilaan kuasa di kalangan pemimpin negara yang besar dan maju. Hanya ingin menjarah dan mengawal hak asasi negara-negara lain yang lebih lemah.

Zack segera menghabiskan juadah berbuka puasanya itu. Tanpa berlengah lagi mereka segera keluar dari dewan tersebut dan bergegas ke surau untuk melaksanakan rukun islam yang yang sangat dituntut iaitu menunaikan solat. Ketika itu Zack merasakan dia seperti sedang diperhatikan, segera dia menoleh dan kelihatan kelibat pelajar tersebut di laluan pelajar puteri.

“dia berpuasa juga rupanya” Zack berbisik pada dirinya

Segera dilupakan, apa yang difikirkan ketika itu segera ke surau. Tanpa diketahuinya tindak-tanduk dia sedang diperhatikan Salman. Salman hanya menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum.

CHAPTER 2

Hari ini genap seminggu umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Alangkah bersyukurnya hati ketika dapat menemui kembali bulan ramadhan iaitu bulan yang mulia. Kelihatan para pelajar sedang keluar dari kelas masing-masing menuju ke surau untuk menunaikan fardhu Zohor.

‘’Zul, man, petang ni korang nak ke pergi bazaar ramadhan???” soal Zack selepas melangkah keluar dari kelasnya.

“entah lah, aku tak pasti lagi, aku kena siapkan meja untuk majlis berbuka petang ni. Kalau sempat siap, aku pergi lah” jawab Salman. Salman begitu komited dengan tugasnya. Apa tidaknya, dengan menjawat jawatan Exco Perhubungan dan Teknikal, sesuatu aktiviti sekolah telah menyebabkan tugasnya semakin bertambah. Namun semua itu dilakukan dengan ikhlas. Itu lah sikap yang telah membuatkan Salman begitu disenangi oleh semua orang yang berada di dalam sekolah tersebut.

“ko plak Zul, macam mana?? Nak pergi tak?” Zack mengajukan soalan kepada Zul.

“aku on je. Kalau ada makanan best aku nak je beli. Hahahaha” Zul berseloroh.

Mereka tergelak dan meneruskan pergerakan mereka ke surau.

Setibanya di surau, Zack terpandang kelibat Khairul. Begitu lama dia tidak mengambil tahu tentang pelajar itu. Terlalu banyak masalah yang melandanya sejak kebelakangan ini. Namun semua itu dihadapinya dengan tabah. Pergerakan Khairul diperhatikan dengan anak matanya dan tanpa di duga Khairul menoleh dan tersenyum padanya. Zack segera membalas senyuman itu dengan keadaan yang tidak ikhlas. Alangkah malunya dia ketika itu. Baginya dengan melihat wajah Khairul, setiap masalah yang dihadapinya telah lenyap walaupun itu hanya seketika.

“aku kena berbual dengan dia nie tapi cam mana ek??” Zack berbisik sendirian.

“Zack, ko kenal ke budak tue? Khairul tu?” tiba-tiba soalan itu terpacul dari mulut Zul.

Zack segera keluar dari dunia mengelamunnya itu.

“Tak lah kenal sangat tapi aku nak sangat kenal dia. Ko ada jalan tak??” Zack berterus terang.

Selama ini dia hanya memendam sahaja perasaan itu dan hanya Salman yang mengetahuinya.

“ala Zack, aku tahu lah. Dari dulu lagi aku perasan. Yelah ko tu,asyik pandang lain macam je bila dia melintas depan kita Cuma aku malas tegur je ko. Hehehe” panjang Zul membalas. Salman disebelah hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.

“cam ni Zack petang ni kita pergi Bazar k. Khairul tu yang uruskan budak keluar bazaar ni. Nanti bolehlah aku tolong aturkan untuk ko.” Tambah Zul lagi sambil tersenyum.

Petang itu semua pelajar dikehendaki bertadarus dalam satu kumpulan. Aktiviti ini menjamin masa para pelajar dari membazir. Sekurang-kurangnya setiap pelajar dapat membaiki kelemahan dan menghabiskan bacaan Al-Quran masing-masing.

Begitu tenang dan seakan hilang segala masalah apabila terdengar setiap bacaan yang dialunkan oleh Adli. Zack begitu minat mendengar bacaan sahabatnya itu. Zack menyambung bacaan yang diserahkan kepadanya. Zack mengaku bahawa dia sedikit lemah dalam membaca al-Quran dan ini lah masa baginya untuk membaiki segala kelemahannya itu. Dia segera menghabiskan bacaannya itu dengan teratur sekali.

to be continue

0 Responses