continued

Petang itu para pelajar dibenarkan untuk keluar ke Bazar Ramadhan untuk membeli juadah. Zack sudah tidak sabar-sabar untuk keluar. Bukan kerana niatnya untuk membeli makanan tetapi mahu berjumpa dengan Khairul.

` “Hai, lama dah sampai kat sini?” itu lah kata pertama yang terpacul dari mulut Zack apabila bersua muka dengan Khairul. Walaupun kelu tanpa kata dan itu merupakan kali pertama dia menegur Khairul namun dikuatkan semangat untuk berbual dengan Khairul. Apa tidaknya, peluang seperti itu bukan selalu datang bersama Zack. Ada sahaja halangan apabila dia hendak berbual dengan gadis pujaannya itu.

Mendengar teguran Zack, Khairul hanya mengangguk dan senyum sahaja. Mungkin ada perasaan tidak selesa berbual dengan lelaki yang baru dikenali. Zack segera mencari kawan-kawannya,Zul dan Salman. Namun hanya kelibat Zul sahaja yang dijumpainya.

“Zack, marilah sini. Buat apa berdiri kat sana tu. Ni ada tempat duduk kosong.” Zul menjerit kuat dari belakang bas.

“ok, aku datang. Ko ni pun, jangan lah menjerit. Aku tak pekak lagi lah.” Pantas Zack menjawab

Zack segera ke tempat duduk Zul. Pada petang itu bas yang dinaiki mereka penuh dengan pelajar. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Kebanyakkan mereka adalah pelajar junior tingkatan 1 dan 2. Kelihatan seronok pada air muka mereka. Melihat keadaan itu, Zack teringat akan adik-adiknya di rumah, ibu dan bapanya tidak terkecuali. Hatinya begitu sedh mengenangkan mereka di rumah. Hatinya sentiasa cemburu melihat kemesraan keluarga pelajar lain yang datang melawat anak-anak mereka. Bagi Zack itu semua angan-angan, kerana keadaan keluarganya menyebabkan dia tidak mengharapkan itu berlaku. Semua itu disimpan jauh ke lubuk hatinya. Mungkin itu yang terbaik baginya.

“Zack, apa yang kau fikirkan tu?” tiba-tiba salman bersuara.

“eh kau Man, sempat juga kau siapkan persiapan tu?” sengaja Zack mengubah topik agar sahabatnya itu tidak bertanya hal yang sama lagi.

“ala Zack, kerja sikit je lah. Lagipun ramai yang bantu aku tadi. Jadi cepatlah siap.

Zul,ko nak beli apa untuk juadah hari ni?”

“tak tahu ag Man. Aku rasa macam lauk semalam kot.” Jawab Zul sambil matanya terpejam. Tidur barangkali.

“Man, Zul, aku rasa ak tak dapat ikutlah. Kepala aku sakit ni. Aku nak rehat sekejap kt dorm lah.” Tiba-tiba Zack bersuara. Terkejut Salman dan Zul mendengarnya. Apakan tidaknya, tadi dia yang besemangat untuk pergi bazaar, tapi sekarang tak jadi pula.

“kenapa ni Zack?. Tengah hari tadi ko juga yang beriya-iya nak pergi. Sekarang nak balik dorm pula?” Salman menyoal kebingungan. Zul disebelah hanya memerhati dengan penuh persoalan. Sejak akhir-akhir ini mereka pelik dengan sikap Zack. Sentiasa menyendiri dan selalu diserang sakit kepala.

“Tak ada apalah Man, aku rasa macam tak sihat je lah. Maaf ek man, Zul.”

“nanti korang dah balik, kejut aku ok?. Aku nak berehat kejap.”

Zack segera turun dari bas meninggalkan sahabatnya itu. Salman dan Zul hanya memerhatikan Zack turun dari bas. Tanpa disedari Zack, perlakuannya itu diperhatikan juga oleh Khairul. Khairul yang ketika itu berada di seat depan bas dapat melihat dengan jelas Zack meninggalkan parking lot untuk bas. Ketika itu hanya Zack dan tuhan sahaja yang tahu tentang masalah yang dihadapi Zack sekarang.

“aduh sakitnya kepala aku ni. Kenapa dengan aku ni?”

Zack segera bergerak ke biliknya. Dalam fikirannya sekarang hanya mahu berehat dan tidur sementara menunggu berbuka puasa. Dia tahu itu tidak elok untuk ibadah puasanya namun kepalanya begitu sakit.

Setibanya di bilik, dia segera melabuhkan badannya di atas katil dan tangannya memicit-micit kepalanya agar sakitnya itu berkurangan. keadaan di biliknya sangat sunyi. Mungkin kerana ahli-ahli biliknya yang lain pergi ke kantin sekolah untuk membeli juadah berbuka puasa.

Zack menahan sakit kepalanya dan tertidur sendirian di biliknya itu. Hatinya mengharapkan agar Zul dan Salman akan mengejutkannya untuk berbuka puasa nanti. Petang itu seakan lama bagi Zack yang sedang menahan kesakitan itu. Akhirnya matanya terpejam.

“Zack, bangun Zack. Dah pukul 6.45 ni.” Salman mengejutkan Zack supaya bangun dari tidurnya itu.

“eh ko man. Zul mana? Lama dah ko balik?” Zack menjawab dalam keadaan yang masih lemah. Mungkin kerana tidurnya tadi dan sakit kepala yang menganggunya.

“Zul dah balik bilik dia dah. Cepatlah bersiap. Kita pergi dewan. Aku tunggu.” Salman menyuruh Zack bersiap memandangkan jam ketika itu dah lewat. Hal ini kerana pada petang itu akan diadakan aktiviti berbuka puasa bersama pihak pentadbiran sekolah.

“SEMUA PELAJAR DIKEHENDAKI MENGOSONGKAN KAWASAN ASRAMA DALAM MASA 10 MINIT LAGI”

Kedengaran pengumuman dari exco asrama yang bertugas pada hari itu. Salman menarik nafas lega kerana mujurlah semua persiapan telah berjaya disiapkan sebelum dia keluar tadi. Kalau tidak, dia tidak akan sempat untuk menunggu Zack pada petang itu.Kelihatan para pelajar segera bergerak mengosongkan kawasan asrama dan menuju ke dewan makan. Di tangan mereka kelihatan beberapa bungkus juadah yang dibeli di bazaar mahupun di kantin sekolah.

“ok man, jom. Aku dah siap dah ni.” Zack bersuara. Salman yang sedang baring segera bangun mengekori Zack untuk ke dewan makan. Pada petang itu, para pelajar tidak perlu beratur untuk mengambil makanan kerana beberapa pelajar telah dilantik untuk menjadi pelayan. Zack segera mencari tempat untuk dia dan Salman menunggu waktu berbuka puasa. Salman ditinggalkannya di kawasan pentas dewan makan untuk melaksanakan tugasnya iaitu MC pada majlis petang itu. Setelah selesai tugasnya dan selepas ketua warden menyampaikan ucapannya, Salman segera bergerak ke sebelah Zack untuk bersedia berbuka puasa.

“Zack,asyik mengelamun je, cuba kau perhatikan depan kau.” Tiba-tiba Salman bersuara dan itu mengejutkan Zack dari lamunannya. “ada apa Man?” jawab Zack pendek.

“Ala, kau tengok je lah.”

Zack segera memandang ke hadapannya. Kelihatan Khairul berada betul-betul di hadapan meja yang didudukinya sekarang. Tanpa berkata apa-apa, Zack hanya tersenyum memandang Khairul. Khairul hanya mengangguk dan tersenyum ke arah Zack.

Majlis itu berjalan dengan lancar dan selepas masing-masing selesai berbuka puasa, mereka segera ke surau untuk solat maghrib dan isyak serta melaksanakan solat tarawih. Malam itu para pelajar dijemput untuk hadir ke dewan utama kerana pihak sekolah telah mengaturkan tayangan gambar memandangkan hari itu adalah hari cuti. Zack dan kawan-kawannya turut menyertai tayangan gambar itu. Cerita yang disiarkan pada hari itu begitu menyedarkannya bahawa hidup ini hanya sementara dan akan diakhiri dengan kematian. Begitu mendalam rasa dihatinya apabila melihat beberapa scene seksaan kubur. Semua ini adalah bertujuan mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Manusia diciptakan di dunia sebagai khalifah, tetapi manusia itu sendiri bertindak seakan mahu menghancurkan dunia ini. Adakah itu tugas manusia yang sebenarnya? Persoalan ini yang telah terbit dari setiap scene dalam tayangan. Dari persoalan itulah, membuatkan Zack berfikir sejenak apa tugasnya di dunia ini. Begitu banyak kesilapan dan dosa yang telah dilakukannya. Dia sedar nyawa itu bukan miliknya. Nyawa itu boleh ditarik bila-bila masa sahaja. Tidak kira di mana dan sedang apa yang dilakukan oleh seseorang itu.

0 Responses